Antara soalan yang kerap kali ditanya:
1.Bagaimana untuk menempah baju renang muslimah?
Sekiranya anda berminat dengan mana-mana baju renang, sila emailkan butir-butir berikut kepada saya matus83@yahoo.com:
Kod produk:
Saiz:
Nama:
Alamat:
No Tel:
Setelah mendapat pengesahan bahawa baju berkenaan ada, anda akan dikehendaki memasukkan duit ke dalam akaun bank yang akan diberikan. Sila beritahu kepada kami pada kadar segera sekiranya anda sudah membuat pembayaran.
#Jangan buat pembayaran selagi tidak mendapat pengesahan dari kami
2. Bagaimana cara pembayaran?
Anda boleh membayarnya dengan memasukkan duit ke dalam akaun Maybank atau CIMB yang akan diberi setelah mendapat pengesahan dari kami. Kami juga turut menerima bayaran secara kad kredit dengan menggunakan Paypal. Untuk maklumat lanjut, sila bertanya kepada kami.
3. Bagaimana cara penghantaran?
Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Penghantaran dibuat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad serta cuti umum. Penghantaran dibuat setelah pembayaran diterima.
4. Sekiranya saiznya tidak sesuai, bolehkah saya menukarkannya dengan saiz yang lain?
Sekiranya saiz yang diberi didapati tidak sesuai, boleh ditukar dengan saiz yang sesuai. Bagaimanapun, dinasihatkan agar rujuk ke jadual ukuran bagi mengetahui saiz yang sesuai. Ini kerana kos penghantaran bagi pertukaran saiz ditanggung pembeli.
5.Bagaimana caranya untuk menempah baju renang mengikut ukuran sendiri memandangkan saya berbadan besar/badan sangat kecil?
Hanya baju renang dibawah label baju renang muslimah (Kod SC, NH dan DD serta DK) sahaja yang boleh anda tempah. Ini kerana baju renang yang dibawah label selain baju renang muslimah kami ambil daripada supplier. Antara butir-butir yang dikehendaki adalah seperti berikut:
Kod corak yang dikehendaki:
Nama:
No tel:
Ukuran bagi bahagian berikut:
Bahu ke bahu:
Dada:
Pinggang:
Pinggul:
Bahu ke tumit:
Panjang lengan:
6. Bila saya akan dapat baju renang yang saya tempah?
Baju renang yang ditempah berdasarkan ukuran sendiri mengambil masa 2-3 minggu berdasarkan keadaan semasa tempahan diterima.
7. Berapakah harga baju renang yang dibuat berdasarkan ukuran yang diberikan?
Harganya bergantung kepada saiznya. Biasanya ia dalam lingkungan RM160-200.
8..Bolehkah kami datang ke kedai untuk melihat dan mencuba baju renang?
Boleh datang. Bagaimanapun, dinasihatkan agar memberitahu kami terlebih dahulu. Berikut adalah alamatnya:
BUTIK HALEEMA
19-1 Jalan Klang Sentral 10/KU5,
Taman Klang Sentral,
Bukit Raja Meru, 41050,
Selangor
Waktu Operasi:
Isnin- Khamis: 10:30pg-6:30ptg
Sabtu: 2:00ptg- 6:00ptg
Ahad: 10:00 pg-6.00ptg
Jumaat/ Cuti Umum: TUTUP